Pages

Saturday, October 23, 2010

"Skim rumah pertamaku"

Ok, since ade a few opinions regarding this issue
i would like to share the following info :

SKIM RUMAH PERTAMA yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri yang secara kasarnya memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3000 memiliki rumah pertama mereka tanpa perlu membayar downpayment 10% seperti yang menjadi amalan pinjaman perumahan sebelum ini.

Ini adalah satu langkah yang positif jika dilihat secara kolektif tetapi boleh jadi sebaliknya juga, bergantung kepada bagaimana ianya diambil.

==================================
Bagaimana Ianya Menjadi Positif
==================================

Memberi peluang kepada lebih ramai orang memiliki rumah, terutama graduan-graduan yang baru nak membina kerjaya. Mereka tak perlu lagi menunggu
sehingga setahun++ untuk mengumpul downpayment 10% kira-kira RM22,000 dan tak perlu membazir menyewa rumah dalam tempoh tersebut.

Dalam kes ini, kita harus berterima kasih kepada kerajaan

=====================================
Bagaimana Ianya Menjadi Negatif
=====================================

Mesti ada yang tahu skim 0% downpayment pembelian kereta kan? Apa kesan skim tersebut? Berapa banyak kereta yang ditarik oleh bank sebab kegagalan pembeli membayar bayaran bulanan.

Dalam Skim Rumah Pertama, belum diketahui bagaimana mekanisma penampan untuk mengelakkan senario yang sama berlaku kepada pinjaman perumahan. Kita tak mahu ianya berlaku kerana ianya akan merugikan dan membawa kepada bank tarik semula rumah dan siap sedia untuk dilelong..

Dalam kes ini, semua kena berjaga-jaga

===================================
Bagaimana Ianya Menjadi Peluang?
===================================

Ada beberapa peluang di sini, antaranya anda boleh membina aset pertama anda! Tapi anda perlu berfikir dengan cara yang berlainan sedikit, aset yang dimaksudkan disini;

ASET = rumah yang membuatkan duit MASUK ke poket
LIABILITI = rumah yang membuatkan duit KELUAR dari poket

Rumah yang anda beli dengan pinjaman untuk didiami jika dikira dalam definisi ini adalah LIABILITI dan rumah yang anda beli dengan pinjaman untuk disewakan adalah ASET

Jadi anda boleh menggunakan Skim Rumah Pertama untuk membina aset anda dan membuat pinjaman yang lain untuk membeli rumah sebenar anda, tapi anda kena bijak merangka dalam kes ini kerana anda bakal mempunyai 2 rumah!

===============================================
Bagaimana membeli rumah ber'status' LIABILITI
===============================================

Rumah ini adalah rumah untuk anda diami, jika anda menggunakan Skim Rumah Pertama 0% downpayment untuk membeli, anda RUGI. Sangat RUGI. Kenapa?

.... Anda membayar lebih banyak duit 'interest'...
Lebih banyak duit anda rugi dalam jangka masa panjang...

Cara ideal untuk membeli rumah untuk anda sendiri diami dan MENGELAKKAN anda bayar 'interest' (sesuatu yang merugikan) adalah dengan;

1 - bayar downpayment tinggi
2 - pendekkan tempoh pinjaman

Lagi panjang tempoh bayaran, lagi tinggi interest, lagi banyak wang yang tak sepatutnya dibayar, lagi tinggi bank untung.

==========================================================

But as for me..umah klu u just nk wat as an investment
u should go for the longest of tenure as u can
n get a better rate of interest from bank (so, kene survey2 la)

this combination will help u to get a lower monthly installment
maybe after 4-5 years after the grace period
kte da bley start jual property tu with condition yg mmg
price tgh tggi dr market value..

so, kte x byr bnyk on monthly basis
at the same time
mase nk jual, harge pun lbh from mv
so, we still gain from it!

2 comments:

Anonymous said...

sediakan payung sblm hujan.apa2 pun x kira la nk beli rumah ke,kereta ke,lori ke,kna simpan duit cukup2 utk backup.jgn nk harapkan 0% dwnpayment je..nnt susah kita di kemudian hari.
[ups!..x nk komen lebih2.nnt kena perhati lagi]

farhana majid said...

0% is gud to be utilised if u wanna use the property as ur investment, but its a bad idea if u r using it for ur home sweet home..

renung2kan..n slamat beramal (^_<)